Wednesday, June 24, 2009

Selembut Bicara Presiden

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar baru yang berjaya memasuki UMS bagi sesi pengajian 2009/2010. Peluang sebegini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Sememangnya kehidupan di Universiti sangat mencabar. Para pelajar perlu bijak dalam menapis pengaruh yang datang daripada luar. Mahasiswa kini sering dilihat sebagai idol kepada masyarakat. Segala gerak gari kita akan dipandang dan dijadikan contoh oleh seluruh masyarakat. Mahu tidak mahu kita perlu menunjukkan contoh yang baik.

Pada saya, mahasiswa mampu untuk mencorak senario kehidupan masyarakat keseluruhannya. Kita dikenali sebagai golongan berintelektual. Pastinya kita mampu untuk memikul beban dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita dalam usaha kita bersama mencipta satu kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.

Kepada pelajar-pelajar baru, selamat memulakan kehidupan baru di UMS. Jadilah mahasiswa yang berkualiti yang menjadi penyumbang besar kepada Universiti dan bukannya berlangkah sumbang. Bijaklah dalam memilih persatuan, jangan mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuma ingin memenuhi hasrat pribadi mereka. Bersama-sama kita merealisasikan hasrat dan niat murni kita bersama dalam kita mencapai status ‘mahasiswa unggul’.


Daripada:
Azrul Ibrahim
President
SRC UMS 08/09

Pendaftaran Kursus sesi 1 2009/2010

Sistem pendaftaran kursus sesi 1 2009/2010 akan mula dibuka bermula pada 29 Jun 2009. Manakala, pendaftaran rasmi adalah pada 6-7 Julai 2009.

Para mahasiswa/i dimohon login ke SMP dan membuat pendaftaran masing-masing.

Daripada:
Ismayani bt Ismail
Exco Akademik dan Kerjaya
SRC UMS 08/09

Sunday, June 21, 2009

Several Updates Regarding 2009/2010 Session

To: Coming 1st Year Students (New-Intake Students)

Re: Orientation Week (MSM)

1. About 5 buses will be sent in turn to the airports – Terminal 1 and 2 – of Kota Kinabalu, Sabah, to fetch the new-intake students to the main campus of University Malaysia Sabah, on the 27th (Saturday, Time: 6 a.m. – 11:59 p.m.) and the 28th of June (Sunday, Time: 0 a.m. – 2 a.m. then 6 a.m. – 11:59p.m.), according to the arrival time for the flights of the respective airports. [Note: The Committee of MSM still haven't yet got the approval to provide such service on the 26th and the 29th of June; buses may or may not be sent. In case the students do not see UMS people-in-charge in the airport during those days, they might have to consider other means of transport at their own expense.]


To: All UMS Students

Re: Semester Open Updates

1. An additional RM35 will be charged on the students’ account starting the coming session, for overall electricity bill, disregard of how many devices they are using in their respective residential colleges; students no longer need to pay RM10 & RM 15 as they did during the previous sessions.

2. The plan to place water coolers in Residential College AB, CD and IP is in the process, while washing machines have been approved to be put in all the aforesaid residential colleges, pending plan implementation. Nevertheless, the Unit of Student Residence and Service of the Students and Alumni Department (HEP) is optimistic about completing the two projects by the 1st semester of 2009/2010 session.

3. The proposal to reopen the Residential College of Kurnia Perdana has been postponed due to complications such as the time and cost needed to mass-renovate the long-deserted residential college.

4. The transport system within UMS has been revamped. Further information concerning this matter will be notified soon. Owing to that, the plan to provide bus service to fetch students from the airports to the campus, on the 5th, 6th and 7th of July, 2009, might be cancelled despite its debut last semester, due especially to the time-constraint for arrangement.


To: Coming 4th-year students of the School of Food Science and Nutrition (SSMP)

Re: Appeals For Accomodation

Negotiations with the people-in-charge to approve your appeals have not produced any favourable result. As a representative of the Student Representative Council (MPP) to SSMP I hereby sincerely apologise to you all for failing to secure accomodations in your respective residential colleges. All your appeals will be responded only 3 weeks after semester open – that is, you will receive notification about that matter only starting the 21st of July up until the 1st of August, 2009, according to TAKWIM of Unit Perumahan & Perkhidmatan Pelajar or the Unit of Student Residence and Service of the HEP. Thus, you must find temporary accomodations on your own during the 3-week period of awaiting your appeal results.

Thank you.


Daripada:
Ooi Christopher
Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar
SRC UMS 08/09

Tuesday, June 16, 2009

Persatuan Pencinta Alam (PESTA)

Dengan ini, Exco Sains dan Alam Sekitar bercita-cita untuk menubuhkan sebuah persatuan demi meningkatkan lagi kesedaran para mahasiswa/i terhadap isu alam sekitar. Sesiapa yang berminat untuk menjadi ahli JawatanKuasa penubuhan PESTA, boleh menghubungi saya di talian 017-700 3889 atau 014-952 3538. Sekian, terima kasih.

Daripada:
Tan Chaa Yehh
Exco Sains dan Alam Sekitar
SRC UMS 08/09

Thursday, June 11, 2009

Pra-pendaftar kursus

Dari sekarang hingga 14 Jun 2009, pelajar digalakkan mendaftar kursus di Pra-pendaftaran kursus (smp.ums.edu.my). Semua mahasiswa/i diingatkan supaya mencetak pendaftaran anda selepas anda simpan pendaftaran tersebut. Sekiranya kursus yang patut ditawarkan tidak muncul di SMP, sila menghubungi saya di talian 014-559 7721 atau 019-8704022. Sekian, terima kasih.

Daripada:
Ismayani bt Ismail
Exco Akademik dan Kerjaya
SRC UMS 08/09

Mesyuarat Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK)

Pada 9 Jun 2009, satu mesyuarat pelajar(mahasiswa) peringkat kebangsaan telah diadakan di Kuala Lumpur. Saya berpeluang membentangkan satu daripada 5 kertas kerja yang didengar oleh lebih kurang 200 orang perwakilan pelajar daripada seluruh IPTA/S Malaysia. Mesyuarat yang dikenalai sebagai MPPK ini dipengerusikan oleh Y.A.B Tan Sri Muhyidin Yasin, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir ke mesyuarat tersebut ialah Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, beberapa lagi ahli kabinet, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan ramai lagi yang mewakili pertubuhan2 kerajaan tertentu khusus untuk mendengar pendapat dan suara mahasiswa. Saya yang merupakan pembentang pertama telah membentangkan isu pendidikan luar bandar di Sabah kearah pemerkasaannya. Isu ini mendapat perhatian yang serius oleh Y.A.B Timb Perdana Menteri yang juga merupakan Menteri Pelajaran.

Daripada:
Azrul Ibrahim
President
SRC UMS 08/09