Wednesday, June 24, 2009

Selembut Bicara Presiden

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar baru yang berjaya memasuki UMS bagi sesi pengajian 2009/2010. Peluang sebegini perlu dimanfaatkan sepenuhnya.

Sememangnya kehidupan di Universiti sangat mencabar. Para pelajar perlu bijak dalam menapis pengaruh yang datang daripada luar. Mahasiswa kini sering dilihat sebagai idol kepada masyarakat. Segala gerak gari kita akan dipandang dan dijadikan contoh oleh seluruh masyarakat. Mahu tidak mahu kita perlu menunjukkan contoh yang baik.

Pada saya, mahasiswa mampu untuk mencorak senario kehidupan masyarakat keseluruhannya. Kita dikenali sebagai golongan berintelektual. Pastinya kita mampu untuk memikul beban dan tanggungjawab yang diberikan kepada kita dalam usaha kita bersama mencipta satu kehidupan yang lebih selesa dan berkualiti.

Kepada pelajar-pelajar baru, selamat memulakan kehidupan baru di UMS. Jadilah mahasiswa yang berkualiti yang menjadi penyumbang besar kepada Universiti dan bukannya berlangkah sumbang. Bijaklah dalam memilih persatuan, jangan mudah terpengaruh dengan mana-mana pihak yang cuma ingin memenuhi hasrat pribadi mereka. Bersama-sama kita merealisasikan hasrat dan niat murni kita bersama dalam kita mencapai status ‘mahasiswa unggul’.


Daripada:
Azrul Ibrahim
President
SRC UMS 08/09

2 comments:

  1. Tahniah but semua MPP dan komiti yg telah memberikan 100% komitmen pada new Intake 09/10.
    terima kasih kerana meraikan kedatangan kami ke dunia baru kampus. teruskan usaha anda memperjuangkan hak2 pelajar dalam mencapai sebuah intitusi yg di kagumi oleh institusi2 lain.kami akan sentiasa memberi sokongan dan kerjasama yg sepenuhnya..HIDUP MPP3x..tq

    ReplyDelete
  2. thank you very much...
    walaupun penat berjalan..
    (kdng2 merungut jugak dalam hati..)
    tp sedar atau tidak... bila kami sdh ter'biasa'..
    DC tu dkt jak sebenarnya.. haha...
    pa pun terima kasih kpd semua psm...
    kamu memang best ooo!
    tp kami tetap penat jalan kaki...
    psm 09/10 terbaca ka jugak ni??
    SISWA!!!!
    terkejut kami dgr tu arahan...
    hehe... chaiyo!! mpp and psm 09/10...
    hope kamu semua akan berjaya...

    ReplyDelete