Tuesday, September 15, 2009
Hari Raya Bus Service
Thursday, July 30, 2009
H1N1
Pada petang hari ini(30/07/09), kes suspen H1N1 mahasiswi SKTM telah mendapat keputusan pemeriksa positive dan Mesyuarat antara pihak pentadbiran, pihak PRW, pihak MPP dan lain-lain juga telah diadakan.
Mesyuarat Kecemasan H1N1 yang dianggotai oleh semua MPP, Persatuan Mahasiswa Sekolah dan JAKMAS pun telah diadakan. Majlis telah bersetujui menasihatkan para mahasiswa/i berhati-hati dengan penyakit H1N1 melalui semua media yang ada.
Maka, semua mahasiswa/i UMS diminta:
1) jangan berasa bimbang, waktu sekarang hanya terdapat satu(1) kes positive H1N1 yang berdaftar di JHEP
2) semua mahasiswa/i digalakkan memakai "face mask"
3) sekiranya terdapat symptom H1N1, mahasiswa/i diminta berhubung dengan pihak JHEP, FELO, pihak PRW atau wakil mahasiswa dengan segara.
4) cuti belum diistilahkan, semua kelas adalah seperti biasa. Mesyuarat antara menteri-menteri, dan NC-NC akan diadakan pada hari sabtu ini, segala maklumat baru akan disampaikan pada masa pertama.
5) PRW akan dipanjangkan waktu operasinya, mungkin akan dibuka 24jam. (perlu menungung balasan pihak PRW)
mahasiswa/i dimohon sentiasa berhati-hati dan menjaga kesihatan sendiri.
Sekian, terima kasih.
Daripada:
Tan Chaa Yehh
Exco Sains dan Alam Sekitar
MPPUMS 08/09
merangkap
Pengerusi
St. John Ambulans Malaysia
Kor UMS
b.p.: President MPPUMS0809
Monday, July 13, 2009
Pergerakan Bas SSMP-SPTA
Dimaklumkan bahawa dua buah bas sahaja yang akan dikhaskan untuk Sekolah Sains Makanan dan Pemakanan (SSMP) dan Sekolah Perhutanan dan Tropika Antarabangsa (SPTA) pada hari Isnin hingga Jumaat, dengan perjalanan berikut:
(Satu pusingan): Kolej Kediaman AB -> Kolej Kediaman CD -> Kolej Kediaman E -> SSMP-SPTA -> Kolej Kediaman AB
Perhatian: TIADA BAS AKAN MENUJU KE SSMP-SPTA PADA HARI SABTU DAN AHAD.
Jadi, para mahasiswa yang ingin menuju ke SSMP dan SPTA (terutamanya mereka yang menetap di King Fisher dan Kolej Kediaman Indah Permai) dimohon membuat perancangan awal.
Walaubagaimanapun, para mahasiswa masih dibenarkan untuk meminta pemandu-pemandu bas yang berhenti di Kolej Kediaman E (bukan Kolej Kediaman AB atau CD) supaya melalui SSMP dan SPTA sebelum menuju ke Dewan Kuliah Pusat (DKP). Namun, para mahasiswa turut diminta supaya sabar jika permintaan kalian ditolak, dan menunggu sehingga bas SSMP-SPTA tiba.
Bas SSMP-SPTA sepatutnya akan bergerak dengan kadar sebuah bas setiap 30 minit dari jam 7:00pagi hingga 6:00petang.
Sebarang pertanyaan atau aduan sila menghubungi
Saudara Muhd. Hazimin bin Awang (Tel: 017-9681096; 013-5578041)
Saudara Ooi Christopher (Tel: 017-4072095; 013-5340580)
(Sila sertai maklumat yang penting – bilangan orang yang sedang menunggu, tempat menunggu, dan masa yang telah menunggu – sebagai ‘feedback’ jika ingin mengadu tentang kelewatan bas.)
Sekian, terima kasih.
Daripada:
Ooi Christopher
Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar
SRC UMS 08/09
Masa Pergerakan Bas UMS
Dimaklumkan bahawa masa pergerakan bas adalah seperti berikut,
Hari ISNIN hingga SABTU (7:00AM – 10:15PM)
| Kolej Kediaman | Kadar Pergerakan Bas | (Sabtu) |
| AB, CD, dan E | Sebuah bas setiap 20 minit | (setiap 30 minit) |
| King Fisher (KF) | Sebuah bas setiap 30 minit | (setiap 40 minit) |
| Indah Permai (IP) | Sebuah bas setiap 35 minit | (setiap 45 minit) |
Perhatian:
- 1. Masa tukar syif pemandu bas ialah 2:00PM. Jadi, perkhidmatan bas adalah terhad pada masa antara 2pm hingga 2:30pm.
- 2. Masa semua pemandu bas berehat ialah 9:00 – 9:30am dan 8:00 – 9:00pm, yakni, tiada bas akan bergerak dalam jangka masa tersebut. Kalau ada pun bilangannya terhad (kepada 1 atau 2 sahaja).
Jadi, para pelajar (terutamanya mereka yang mempunyai kuliah/tutorial/makmal pada pukul 10am dan 3pm) dimohon membuat persediaan dengan awal.
Hari AHAD (7:00AM – 6:00PM)
| Kolej Kediaman | Kadar Pergerakan Bas |
| AB, CD, dan E | Sebuah bas setiap 1 jam |
| KF | |
| IP |
Sekiranya tertimbul apa-apa masalah tentang perkhidmatan bas, sila hubungi
Saudara Hazimin bin Awang (Tel: 0135578041; 0179681096)
Saudara Ooi Christopher (Tel: 0195340580; 0174072095)
Perhatian: Sila sertai maklumat yang penting – (1) bilangan orang yang sedang menunggu, (2) tempat menunggu/menuju, dan (3) masa yang telah menunggu – sebagai ‘feedback’ jika ingin mengadu tentang kelewatan bas.
Sekian, terima kasih.
Daripada:
Ooi Christopher
Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar
SRC UMS 08/09
Updates
Re: Electric Bill
The decision to include RM 35 in the students’ fee has been lifted temporarily by the university administration. Until clear, further notice is made by the aforesaid administration (not by the author of this blog), all students are required as they were in the past to pay for each device they use in the dorm they are staying in according to the rate set (by the admin).
Re: Bus Service
The university has an received 8 buses this semester, summing up to 44 buses, in the main campus of Universiti Malaysia Sabah (UMS). Bus service management has also switched from the Department of Student Affair (HEP) to the Department of Development and Maintenance (JPP), and the office newly built-in for administrating such service is located at the first floor of the university’s Sports Complex. Thus, any application for transportation (for student activities) should supposedly be made to the people-in-charge of that office.
Besides, various forms are available to be downloaded at the department’s website.
Re: Appeals for Accomodation – Results Disclosing Date
Residential College of IP – 18 July; of AB – Not available anymore; of CD – 21 July; and of E – 1 Aug.
Any further inquiry can be directed to the Division of Student Affair Department in the respective residential colleges.
All students are advised to take initiative action (not just waiting). Here are some guidelines:
1. Ask them whether they have actually received your application (would be better if you show them your printed-copy of application/appeal form).
2. If you know upon the disclosing date that your appeals are rejected, and if you intend to apply for other residential college, inquire for information regarding any available place directly to that residential college you intend to stay in.
Thank you.
Daripada:
Ooi Christopher
Exco Perumahan dan Perkhidmatan Pelajar
SRC UMS 08/09
Tuesday, July 7, 2009
PTPTN
Segala masalah boleh berhubung dengan Bendahari Kehormat, Saudari Masturah (014-873 7595) atau Exco Kebajikan, Kesihatan, dan Kemasyarakatan, Saudara Derrick (016-560 9149) atau untuk mahasiswa/i Labuan Kampus, Saudari Qatrun Nada.
Anda juga boleh terus berjumpa dengan pegawai yang bertanggungjawab di Jabatan HEP&A.
Sekian.
Daripada:
Tan Chaa Yehh
Exco Sains dan Alam Sekitar
SRC UMS 08/09
Masalah di SKTM
Tindakan : Aduan tentang kerosakan tersebut telah disampaikan kepada pihak pentadbiran SKTM pada semester yang lepas. Atas sebab bilik tuitorial digunakan oleh para mahasiswa/i semasa semester, maka kerja pembaikan tidak dapat dijalankan. Walau bagaimanapun, kerja pembaikan telah dijalankan pada cuti semester yang lepas.
Masalah 2: Kerosakan “Water Cooler” di foyer
Tindakan : Atas sebab kerosakannya yang kerap, kos pembaiki yang tinggi dan peruntukan pihak SKTM yang terhad, maka “water cooler” tidak akan dibaiki sementara waktu ini sehingga terdapat peruntukan kewangan daripda pihak pentadbiran atasan.
Masalah 3 : Kekurangan meja dan kerusi di foyer
Tindakan : Meja dan kerusi di foyer telah dipinjam oleh pihak lain pada semester yang lepas. Pihak SKTM berjanji akan membawa isu tersebut ke mesyuarat supaya menyediakan meja dan kerusi yang secukupnya kepada mahasiswa/i SKTM.
Daripada:
Tan Chaa Yehh & Tan Beng Hin
Wakil SKTM
SRC UMS 08/09